Pakaian Tradisional Kaum Dusun


💛Seperti yang kita tahu Dusun adalah salah satu suku kaum yang ada di Negeri Sabah. Pakaian tradisional suku kaum Dusun juga kaya dengan keunikannya sendiri, yang merangkumi berlainan fesyen atau pembikinan di antara satu tempat dengan yang lain.  Kebiasaan nya pakaian tradisional ini digunakan atau diperaga semasa musim Perayaan Kaamatan atau upacara khas seperti Perkahwinan. Selain itu menjadi sinonim untuk para gadis Sabah memperagakan jenis pakaian tradisional daerah masing-masing menjelang pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan semasa musim perayaan Kaamatan.
 https://images.app.goo.gl/7obmdc6smYPevwo67

❤️Sebanyak 32 etnik suku kaum asli di negeri Sabah yang dapat kita lihat dengan kepelbagaian jenis corak dan warna pakaian tradisi mereka mengikut kaum masing-masing. Warna hitam adalah satu warna yang amat popular disebabkan penduduk asli pada zaman terdahulu hanya bergantung kepada beberapa jenis tanaman dan sayur yang dijadikan sebagai pewarna kain. Manik-manik antik juga dijadikan sebgai hiasan seperti kalung, tali pinggang. Malah barangan antik berukiran perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada syiling perak adalah kazanah turun temurun yang sangat berharga dan tinggi nilainya. Menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat saya apabila diberi peluang untuk memperaga salah satu pakaian tardisional Sabah iaitu pakaian tardisional dusun dengan bantuan rakan berketurunan sabah, saya amat terjuna untuk mempegara pakaian tradisional itu menjadi kenangan juga pengalaman buat saya.



Comments