Penting Akan Pemakanan Seimbang Dan Senaman

Pemakanan seimbang merupakan sesuatu yang wajib dan patut diamalkan bagi penjagaan tubuh badan sihat. Pemakanan seimbang adalah perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi, seperti pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. ✊

Pengalaman saya untuk tidak melakukan senaman dalam tempoh yang lama akan menggalakan saya untuk cenderung berasa cepat letih dan lesu dalam melakukan sesuatu perkara yang memakan masa lama, misalnya duduk di hadapan komputer selama lebih kurang 2 hingga 3jam lamanya. Namun hal ini dapat saya elak setelah saya sedari bahawa melakukan senaman dan permakanan yang seimbang juga memainkan peranan dalam mengekalkan ketahanan dan kesihatan tubuh badan sesorang. Dengan melakukan 2-3kali senaman ringan dalam jangka 1minggu dan menjaga sedikit sebanyak permakanan seharian yang diambil saya sedikit sebanyak mempunyai ketahanan dan kecergasan tubuh badan dan ianya juga boleh memberi kebaikan dan kecergasan pada minda saya dalam menempuhi kerja seharian. πŸ‘―

 Kesimpulanya, mengamalkan gaya hidup sihat juga penting bagi menjaga tubuh badan untuk kekal sihat dan bertenaga. ✌πŸ’ƒ

Comments