Penjagaan Rambut



Rambut memainkan peranan penting dalam menentukan paras rupa seseorang. Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala dan setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru. Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat. Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia. Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam. Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut. Adakah anda tahu bahawa rambut akan memanjang 3-4 mm dalam masa sehari iaitu bersamaan lebih kurang 6 inci setahun?




Penjagaan rambut amatlah penting bagi mengekalkan paras rupa juga image dan style seseorang itu. Berikut merupakan sebuah pautan laman penjagaan rambut yang boleh diamalkan untuk mendapatkan rambut yang kekal sihat dan bersinar.


Comments