Bersama Keluarga Di Negeri Bawah Bayu Sabah



Masa yang terluang bersama keluarga amat menarik dan mungkin sebagai sebuah kenangan bersama. Bermula dengan idea atau lebih kepada impian saya untuk membawa ibu bapa mahupun seisi keluarga saya untuk melihat kehidupan budaya dan cara hidup luar dari negeri kelahiran. Pada awal bulan Mei 2019 kami sekeluarga berperluang untuk bersama-sama meluangkan masa di Negeri Di Bawah Bayu Sabah. Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kami disambut mesra oleh kenalan saya yang kemudiannya membawa kami untuk melawat berberapa tempat di sekitar bandar Kota Kinabalu.✈✈✈


πŸ‘¬πŸ‘­Kami sekeluarga meluangkan masa untuk berehat dan menjamu selera di sekitar kedai makan ‘jesselton point’ yang mana nama ‘Jesselton’ adalah nama asal Kota Kinabalu Sabah. Setelah beberapa jam kami di bawa ke tempat penginapan di sekitar bandar Kota Kinabalu untuk berehat. Pada malam pula, kami sekeluarga meluangkan masa untuk berpeluang melihat sekitar bandar Kota Kinabalu dengan berjalan kaki menikmati  kepelbagaian aktiviti dan jualan di sekitar bandar Kota Kinabalu. Sanagt menarik perhatian apabila kami sekeluarga mengunjungi sebuah tapak perjualan yang dikenali sebagai ‘Filipino Night Market’ atau ‘Pasar Malam Filipin’. Terdapat pelbagai jualan hasil laut yang dibuat sebagai perhiasaan ataupun makanan yang dijual yang dipamerkan di tempat tersebut. Keunikan dan cara pembikinan yang amat menarik sehingga membangkitkan minat kami untuk membelinya sebagai pemberian cenderahati.  Aktiviti malam kami isikan dengan jamuan makan malam yang berunsurkan makanan laut. Seperti yang kita tahu Sabah terkenal dengan makanan laut dengan pelbagai jenis pilihan dan jenis. Setelah selesai makan kami kemudianya membuat sedikit sebanyak pembelian sebagai persiapan perjalanan esok pagi ke daerah Kundasang Sabah.πŸš€πŸš₯


πŸŒ„πŸ—»Di Kundasang kami sekeluarga sempat melawat tapak peninggalan Kubu British yang dikenali sebagai ‘Kundasang War Memorial’. Disana kami dapati pelbagai tumbuhan yang unik dan jarang ditemui kerana suhu cuaca di kundasang yang rendah membolekan tumbuhan beriklim sejuk tumbuh segar. Konkrit peninggal kubu tersebut juga amat menarik dan untuk berada di kubu tersebut membuatkan kami sekeluarga amat terjuna akan keteguhan binaan dan rekaan teguh kubu peninggal British tersebut. Setelah penat meluangkan masa bersama di sekitar Pekan Nabalu Kundasang, kami sekeluarga kemudiannya meneruskan perjalanan ke tempat peninapan yang telah di tempah berdekatan puncak Gunung Kinabalu. Pada senja petang itu kami penuhi dengan aktiviti bersama beristirehat bersama keluarga di kawasan luar penginapan. Suasana Kundasan membuatkan kami sekeluarga merasa tenang dan selesa dengan pemandangan awal pagi apabila kami dapat melihat puncak Gunung Kinabalu yang megah tinggi. Keunikan budaya di Kota Kinabalu dan keindahan pemandangan Kundasang Sabah adalah sesautu yang amat berharga yang menjadi satu pengalaman dan kenangan saya bersama keluarga untuk sama-sama menikmati keindahan Negeri Di Bawah Bayu Sabah. πŸŒ„πŸ—»

Tinggi tinggi Gunung KinabaluTinggi lagi sayang sama kamuBiru biru hujung KinabaluTengok dari jauhHati saya rindu "





Comments