Pakaian Tradisi Iban

Saya berketurunan Iban namun, ibu saya berbangsa bidayuh dan bapa saya pula berbangsa iban. Saya dibesarkan di Bandar kuching dan lebih kepada budaya kebandaran. Pengalaman untuk meraikan Hari Gawai yang mengikuti adat resam kaum Iban atau Bidayuh adalah sesuatu yang jarang untuk kelaurga saya lakukan, dan saya tidak berpeluang untuk memakai baju tradisional kaum Iban atau Bidayauh sehingga pada pertengahan bulan Jun 2019. Memandangkan sekarang saya telah ditugaskan di tanah air saya sendiri iaitu Sarawak, saya berpeluang untuk mengayakan pakaian tradisional iban iaitu “Ngepan Iban” dalam majlis mesra makan malam bersama rakan sekerja. Ini adalah kali pertama untuk saya menggunakan pakaian tradisional keturunan saya sendiri dan perasaan gembira juga gemuruh untuk menggenakan pakaian ‘ngepan iban’ saya dapat rasakan dalam diri saya sepanjang minggu sehingga petang sebelum majlis makan malam tersebut. 


Alangkah susah untuk saya memasang pakaian ‘ngepan iban’ tersebut sehingga memerlukan bantuan ahli keluarga untuk memadankan perhiasan-perhiasan yang dikenakan. Rambut juga perlu diikat sanggul bagi menggunakan perhiasan kepala yang di beri nama ‘sugu tinggi’, dan dalam pemahaman saya ‘sugu’ dalam bahasa iban bermaksud sikat. Penggunaan perhiasan pada pergelangan tangan dan lengan pada kedua-dua belah tangan seakan-akan gelang perak yang dipanggil ‘tumpa bentuk’ juga amat sulit semasa pemasangannya, kerana permukaan tepi dan hujung gelang yang tajam dan mungkin boleh mencederakan. Sejanis kain disebut ‘selampai’ juga digunakan sebagai baju dibahagian dalam yang kemudiannya di lindungi oleh satu tenunan biji manik berwarna-warni cerah dan bercorak ukiran iban dibahagian atasnya yang disebut sebagai ‘tango’. Pemasangan kain yang dikenali sebagai ‘sementing buncai’ dan dihiasi oleh tenunan reka corak yang sangat halus pada aras pinggang sehingga paras bawah lutut yang kemudiannya akan dikenakan satu perhiasan yang berfungsi seperti tali pinggang yang diperbuat daripada duit syiling yang dinamakan sebagai ‘sementing ringgit’. Gelang kaki yang diberi nama ‘geruncung’ juga dikenakan pada kedua-dua belah pergelangan kaki. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ngepan_Iban



Pemasangan baju tradisional iban ‘ngepan iban’ juga memakan masa lebih kurang 1 jam dan sedikit memenatkan untuk saya berdiri selama 1 jam bagi memudahkan pemasangan perhiasan-perhiasan pada badan dilakukan. Pengalaman ini amat saya hargai dan saya juga berasa sangat berpuas hati kerana sebagai seorang anak berketurunan iban dan anak kelahiran Sarawak saya berpeluang untuk menggunakan salah satu pakaian trasional Sarawak bumi kenyalang.
https://rimbunanrantingsarawak.weebly.com/pakaian-tradisional-iban.html

Comments