Makanan Kegemaran Di Kuching Sarawak



Kuching adalah sebuah daerah mahupun salah satu kota raya di Sarawak. Disinin saya ingin menceritakan tentang Lima jenis makanan yang saya gemar yang terdapat di Kuching. Sememangnya terdapat pelbagai lagi jenis hidangan makanan yang ada di Kuching Sarawak namu lima makanan ini amat menarik minat saya 😎



Kek Lapis Sarawak. Sinonim dengan kek yang berlapisan dan sangat popular di Sarawak, Kek Lapis Sarawak juga menjadi pilihan utama hidangan kepada tetamu apabila menjelang musim perayaan. Terdapat pelbagai corak yang berlapisan, perisa yang pelbagai dan juga warna yang membolehkan para membeli untuk mencuba dahulu sebelum membeli perisa dan corak pilihan hati. Harga Kek Lapis Sarawak pula dijual bergantung kepada jenis corak, bahan dan saiz kek.πŸ₯πŸ₯




Mee Kuching atau lebih dikenali sebagai Mee Dawai Rangup juga merupakan makanan yang tidak menandingi Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sarawak. Oleh kerana mee ini dihidangkan dalam keadaan keras dan ranggup mee ini diberi nama Mee Dawai oleh penduduk setempat. Mempunyai tarikan perisa yang tersendiri, Mee Kuching atau Mee Dawai juga boleh didapati di kebanyakan kedai makan sekitar Kuching.🍜



Kolok Mee atau Mee Kolok merupakan makanan yang bukan berasal dari Sarawak namun telah dibawa masuk oleh masyarakat cina yang dikenali sebabagi Cina Sarawak ketika mereka berhijrah ke Sarawak. Mee ini turut menjadi hidangan utama di kalangan penduduk Sarawak malah di kedai makanan melayu sarawak. Panggilan Mee Kolok ini tetap digunakan oleh masyarakat melayu di Sarawak, bagi masyarakat Iban Sarawak lebih sinonim untuk mengelar mee ini sebagai Mee Rangkai dan Mee Kering.🍴




Laksa Sarawak, laksa yang bergitu berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semanjung Malaysia. mee, rasa, juga bahan yang digunakan untuk menyediakan Laksa Sarawak amat berbeza dan kuah Laksa Sarawak yang kelihatan seperti kari namun tidak terasa seperti kari yang memberi kelainan untuk memiliki rasa yang tersendiri. Tambahan daging atau ayam rebus, undang, hirisan telur, dan bahan-bahan lain mengikut cita rasa yang dikehendaki.πŸ›πŸ›




Manok Pansuh atau Ayam Pansuh adalah makanan tardisional Kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak yang menjadi hidangan utama ketika musim perayaan Hari Gawai. Daging ayam yang telah di cuci dan dimasukkan kedalam buluh bersama air suling yang kemudiannya nanti akan dijadikan sebagai kuah masakan pansuh. Sayur bandung juga berfungsi sebagai penutup mulut buluh semasa proses memanggang ayam pansuh di bara api. Hidangan ini juga boleh di dapati kedai masakan Melayu Sarawak dan ianya juga terkenal di barat Kalimantan Indonesia.πŸ—πŸ–


Comments