Pantai Manis Papar


⛱Pantai Manis Papar adalah satu tempat rekrasi di Daerah Papar Sabah. Pengalaman saya untuk berada di Daerah Papar menyimpan pelbagai kenangan manis seperti beriadah atau bersenam di sekitar Pantai Manis. Adalah perkara yang baik untuk mengambil masa sendiri berehat setalah melakukan tugasan pejabat seharian. Pantai Manis Papar sememangnya mempunyai banyak ruang untuk seisi keluarga atau rakan berekrasi di sekitar Pantai Manis sambil menikmati keindahan pantai tersebut. Pantai Manis Papar juga menjadi tumpuan para penduduk sekitar untuk menjalani latihan fizikal atau bersenam. Pantai Manis Papar

Pantai Manis juga terkenal dengan tempat penjualan ikan dan hidupan laut segar, yang mana para nelayan akan balik ke darat apabila senja dan para penduduk papar sememangnya akan menanti kepulangan para nelayan untuk memborong atau membeli hasil tangkapan laut para nelayan yang tinggal di sekitar Pantai Manis tersebut. Aktiviti seperti ini amat menarik dan unik dalam memperlihat budaya serta cara  kehiupan para nelayan dan sistem ekonomi yang dijalankan oleh penduduk tempatan  di Pantai Manis Papar.
Tidak lupa juga pada kedamaian sekitar Pantai Manis Papar dalam percampuran budaya dan kaum sekitar. Walaupun berlainan agama dan kaum, penduduk sekitar masih hidup dalam keadaan damai dan saling menghormati antara satu dan lain. Bagi saya, untuk berada di Pantai Manis Papar adalah satu pengalaman yang sangat berharga dimana saya boleh menikmati keindahan pantai.

Comments