Pad Wanita, Pad Man India

Tahukah anda akan terdapat lebih kurang 500 juta wanita di India dan hanya 12% daripada mereka menggunakan Pad Wanita?
Tahukah bahawa harga Pad Wanita di India sangat mahal dan ianya sesuatu keperluan yang tidak diutamakan di India kerana harganya?

Ramai pelajar sekolah di India akan ponteng selama seminggu persekolahan apabila mereka mengalami haid. Dan sekurang-kurangnya 10 hingga 12 wanita akan datang ke klinik untuk menjalani rawatan berkaitan alat sulit wanita yang mana cenderung kepada jangkitan kuman.


💭Filem Pad Man wujud berdasarkan kisah benar yang diilhamkan semula apabila seorang lelaki Muruganantham berjaya mencipta pad wanita yang dijual dengan harga mampu milik. Kewujudan filem ini telah membuka mata rakyat India akan kesedaran bertapa pentingnya untuk menjaga kebersihan alat sulit wanita supaya terjaga bahagian tersebut agar tidak terkena sebarang penyakit. Filem yang mengisahkan perjalanan seorang lelaki bernama Lakshmir yang amat mencintai isterinya, sanggup melakukan apa sahaja untuk isterinya. Apabila didapati perempuan tidak dibenarkan untuk duduk di rumah ketika haid, Lakshmir berusaha menyediakan Pad Wanita buatan tangan dan dijual dengan harga yang murah. Setelah mendapat tentangan hebat dari penduduk kampung, Lashkmir telah keluar dari kampung dan mencari solusi untuk membantu para wanita. Bakatnya kemudian disedari oleh seorang wanita bekerjaya bernama Pari yang mana membuatkan Lashkmir disanjung oleh masyarakat atas kejayaannya membantu kaum wanita di India. 
" In America, they have Superman, Spiderman, Batman,
In India, we have Padman "


Comments